20110429

comei tak..


nak tak kalo korang buang air kat tandas macam ni..
comel kan...

CONTEST RIBEN PUTIH : SI RABUN

tengah2 blogwalking..tetibe nampak contest ni..
terharu plak ada contest untuk orang rabun..
saja2 cuba-cuba nasiib la..hahaha..


hai cik riben putih..bdk sengal nie dah joint contest awk...
siapa nak join boleh klik disini

nama: cik sherry

jenis rabun: rabun jauh

power mata: 350 (kanan) n 352 (kiri)..tapi dah lamer x cek..x tau la naik ker dah trn...

punca rabun: nak kata kuat study tak jugak..kuat tido ada la..hahaha..ni adalah kesan dari suka tengok tv dalam gelap..nak bagi fell la kononnya..hahahaha...

tempoh mengalami rabun: 7 tahun

perasaan: mula2 fikir macam nerd jer..tapi lama2 dah jadi satu kewajipan..kalau x de macam x boleh hidup jer..tak nampak..

pengalaman manis menjadi si rabun : best time kalo x pakai spek..kita tak nampak orang..so..kita ingat orang pun tak nampak kita ...boleh buat apa yang kita suka..sedangkan orang lain terang2 nampak kita..

pengalaman pahit : spek kena pijak..jadi terbelah dua...haru biru jugak satu hari..hahahaha.


ok x spek mata saya......
hahahahaha....

p/s: orang pernah kata orang rabun kurang pendengaranya..yeke????????





20110424

.:wanita ibarat epal:.

298262585_c6b030011b
"Wanita itu ibarat sebiji buah epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. tetapi epal yg tiada celanya berada dipuncak, sukar untuk dipetik, sukar untuk digapai. kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah Yang Esa jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya”
 

teladan untuk kaum hawa:
jgn gadaikan maruah anda, wanita,
kerana ingin mencari si dia untuk menyayangimu.

20110423

demi mencari sesuap nasi...

tadi aku pergi alor star ngan noi, ummi, zura, ria n fatin..
pas2 dah cari2 orang untuk jawab questionare tak jumpa dah..
then kitorang decide nak pergi pacific..try cari orang kat sana plak..
kitorg pown g la cari teksi..
jumpa 1 teksi 2..
ada sorang pak cik yang bawak..
sian pak cik 2 ketar2 dia bawak teksi tu..
walaupun dia macam tu..tp stay lagi dia mencari rezeki..
memang sian la tegok dia..
dari situ ak sedar bahawa bukan senang nak cari duit nie..
walaupun pcik tu dah tua tapi masih berusaha lagi untuk cari sesuap nasi...
dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
tetibe saye rindu kat abah saye...
abah selalu kata kalau kite nak sesuatu tu kita mesti boleh dapat..
yg penting ilmu tu...
n abah juga selalu kata kalo orang lain boleh kita mesti boleh..
k la....
"SAYA RINDU FAMILY SAYA"



20110419

obes oh obes...

okey entry kali tentang obes..
selalunya kite slalu tengok orang yang terlebih berat badan...
tapi kali ni kita tengok haiwan2 yang obes..

comei2....



kucing ni dah terlebih makan whiskers...hahahaha


lembu ni terlebih makan nasi mentah..tu perut dia kembung..hahaha..


memang comel la hamster nie..rase nak picit2 jer..


tikus nie boleh lawan tom & jerry..


zirafah yang terlebih makan pucuk pokok..

p/s: bersiap2 nak pergi karnival kerjaya kat dewan mas..
jom pakat g ramai2...



untukmu adam dan hawa...


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

20110418

buli...

sian die....


tgok bdk nie..
sian die kena buli ngan abg die...
memang bdk nie kalau besar bleh jadi pelukis terkenal nie..
hahahahaha...

20110412

fuyooooooo...

hai..hari ni aku nak story tentang tempat2 yang ak nak pergi makan2 angin (cewah ko ingat ko banyak duit)..
mak aku kata angan2 dulu..
dari angan2 tu la kita akan berusaha untuk mendapatkannya...
first..
pergi makkah al-mukarramah



.aku tau semua umat islam ada keinginan untuk ke sana..

second place:
maldives island



cantikkan pulau nie...memang antara pulau yang tercantik la..
memang tenang la bercuti kat sini..
kena kumpul duit dari sekarang ni..huhuhu

thrid place:
gunung kinabalu..



okey tempat ini aku akan usahakan juga pergi sebelum habis belajar ini..
siapa2 nak buat trip pergi sana jangan lupa bagi tau yek..hehehe..

fourth place:
bukit tinggi
okey tempat ni walaupun dekat je tapi aku tak pernah lagi pergi..
g pun just g main bowling je..hahahaha..
aku nak g tido kat sana..



okey nie bukti tempat ni kat malaysia je..
nampak kat belakang tu bendera malaysia..

cantikkan walaupun kat pahang je..
rasa macam kat oversea je..
hahaha..
 okey cukuplah..
x boleh angan banyak2..
nanti jadi mat jenin plak..
ok arios amigos..







20110407

perempuan



Tercipta untuk menemani adam
Ketika duka atau suka
Bukan untuk jadi boneka
Perempuan yang tercipta
Dengan keindahan dan kecantikkan
Bukan paras jadi ukuran
Di dalam hati dinilai
mengapa perempuan itu
kau persalahkan
sedangkan perempuan itu
mesti kau didik dan dibelai
Mengapa perempuan itu dipersalahkan
Sekiranya engkau sendiri gagal
Dia perempuan
Kekasih,teman,
Isteri dan ibu
Penuh kelembutan
Penuh keibuan
Pandulah dia perempuan
Kerana engkaulah pemimpin

20110404

V.I.P KER....

huish..penuh nya sawang kat blog ni..
lama dah aku tak mengarut ngarut kat sini..
ini disebabkan kesibukan yang melanda diriku sejak akhir2 ini (ayat skema)huhhuhu..
first sibuk wat dedication yang tak siap2 lagi..
then baru habis exbition untuk taekwando..
then lagi hari rabu ni exam mandarin..mak takutnye...x tau nak jwb apa..hafal pown x abis lagi..
and pada hari yang sama dinner tm..
okey ko pah..ko ingat ko V.I.P KER..
hahaha..kalo dulu waktu skol org selalu kata dalam bi nya buat2 sibuk n dalam bm nya make2 busy..hahahaha...
cukup2 pah jangan nak mengarut lagi..
study2 exam2..
k arios amigos...lalalalalala...


konon - konon berserabut...


p/s: tahniah kpd shaheizy sam manag malam semalam kat anugerah bintang popular..
u memang cute la smlm..huhuhuhu..