20111006

Remember these songs? Now hear it Live!

Remember these songs? Now hear it Live!: Julie's Share The Love is having its Finale Concert at Taylor's University Lakeside Sunway Campus this Saturday! Featuring indie artists Lab The Rat, Prema Yin, Asmidar and Bihzhu singing the songs you've heard on YouTube. RSVP now!

20110518

you can do it!!!!!!!

huish berhabuk2 dah blog nie..
lame dah tak ngarut2 kat sni setelah maraton EXAM..
akhirnya exam ku tinggal 1 paper lagi..
x sabar nak balik umah..
rndunye kat my lovely family..
pas2 skang nie sibuk uruskan projek "PENEROKAAN GUNUNG BEREMBUN"
bukan senang nak uruskan projek nie..
naik pening gak kepala wa memikirkannya..
hahahahha..nie first time nak g panjat gunung..
naik Puncak Vista pown semput..ha3..
insyallah harap2 projek nie akan dapat dilaksanakan dengan jayanya..hu3..

YOU CAN DO IT SYARIFAH....

k la arios amigos..

p/s: nanti saya nak g bulan madu kat Gunung Kinabalu..ha3..cewah..jgn nk berangan cik keypah..calon pown x der ha3...

20110508

sekadar untuk renungan...


Tak perlu mencari teman SECANTIK Balqis,
andai dirimu tidak SEHEBAT Sulaiman.
mengapa perlu mengharap teman SETULUS kasih Zulaikha,
jika dirimu tidak SETABAH dan SETAMPAN Yusuf.
usahla mengharap teman SEKUAT HAJAR,
seandainya dirimu tidak SETEGUH Ibrahim.
Dan..
janganla sesekali mengharapkan teman SEISTIMEWA Khadijah,
Andai peribadimu tidak mengikuti peribadi RASULALLAH S.A.W





20110506

melihat matahari terbit bersama sahabat sejati..

wah tajuk entry macam contest plak kan..hahaha..
cerita bermula pada suatu pagi yang hening..
tak tau pukul berapa..my hp berbunyi..
aduh siapa plak yang telefon pagi2 ni..
then tengok2 rupanye nonoi.

me: hello(dengan suara serak bangun tido)
nonoi: pah nak g ke tak..
me: nak g mane..terus aku berfikir ada aku rancang apa2 ke hari nie..rase macam x de je..
nonoi: ada diorang hantar mesej..ko baca la..
pah: x pela nanti aku tengok..
nonoi: ok..

terus aku tengok my hp..owh ada 2 mesej rupenye..
first mesej dari
 
Mr.T: salam 1 romantik dari sahabat yang sejati..bangun2 lah,dah masuk waktu subuh ni, burung kat TM pun dah keluar cari makan..6.30 am nanti jumpa di kafe untuk melihat matahari terbit kat puncak vista beserta joging,sape lamabat kena tinggal ,kehadiran diwajibkan..sekian harap maklum (sahabat sejati)
second mesej dari 
Mr. K : salam satu gentleman.bangun2 subuh pun dah tua ni. burung pun nak g keje dah. nanti 6.30 berkumpul kat kafe bejoging n melihat matahari terbit. kehadiran adalah dwajibkan.sekian harap maklum..

then trus ak kejut fina n kila suruh baca mesej n nak g ke x..
dengan muka yang mengantuk nye terus kitorg g basuh muka n siap2..
tunggu2 kat bawah rupa2nya semua tak nak g..
yang nak g rupanya 6 orang je..saye,kila,nonoi,fina, Mr. T n Mr. K...
yang lain semua enak dibuai mimpi..hahahaha..
layan jela..
then..........lps trun MR T n MR K telah belanje kami air susu coklat..thanks tau...
layan jela gambar nie..sekali sekala menghayati keindahah alam..syok2..


on the way nak g...muke ngantok je semua..


kami orang pertama yang samapi kat puncak vista pada pagi 2..
n ni la muka2 yang rajin bangun pagi...

  pemandangan waktu pagi di puncak vista..
cantiknye ciptaan tuhan..


tengah merenung masa hadapan..
soalan apa la kuar nanti..
hahahaha..


ni la air yang dibelanja oleh Mr. T n Mr k..
tu la orang kata bangun pagi pintu rezeki akan terbuka..
pagi tu telah membuktikan.,.
thanks Mr. T n Mr. K..

p/s: sila abaikan waktu and tarikh yang ader kat gambar 2..kamera silap setting da..hahaha..k la..bye2..xoxo.. 


20110504

akan ku tunggu saat itu..

Wahai wanita solehah..
Jangan risau akan jodohmu,kerana muslimin yang bijaksana itu,tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan atau lirikan senyumnya,pada bicara manja yang menggoda,atau pada pujuk rayu wanita yang meruntuhkan imannya..
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita,andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang sedang engkau nantikan itu,sedang membina sahsiah kepimpinan dirinya bagi memimpim dirimu.
Kerana pada wanita,pasti ada kekurangan dan kelak lelaki yang benar benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.

Jangan bersedih.masa itu pasti akan tiba.:)

kredit seindah wanita.


bergembira sakan

wah..tajuk entry macam over je..hahaha.
okey hari ni ak nak cite tentang perkelahan ke Hutan Lipur Bukit Ayer Perlis..
memang syok la..saya sayang kawan2 saya coz wat saya gembira hari ni...
tapi mula2 first sampai macam x syok je coz nak mandi macam tak ada tempat best jer..
last2 nye terjumpa satu tempat yang okey la..
layan la mandi kat situ..and akhirnya pulang dengan kepuasan coz dekat berapa bulan dah tak mandi air terjun ni.
okey malas la nak cite panjang...
kite layan jela gambar2 yang sempat disnap..


okey tengok air terjun nie..
macam x best jer kan..huhuuhu..tunggu jap yer....ader lagi..


nie time tengah bincang2 nak tukar tempat ke gua kelam..
last2 nye decide stay kat sini coz takut buang masa je nanti..


okey kegembiraan telah bermula..
tengok macam kanak2 riang kan...



kegembiraan diteruskan...
tengok air dia..
macam mandi air sungai kan..
tapi disebabkan kanak2 ni jarang jumpa air..
layan jela..
hahahahhahaha..


okey tengok 2 orang ni macam x der berlaku aper2 kan..
tapi.....
2 orang ni lah yang nyaris2 lemas kat tempat atas tadi..
jadi kalut jap semua..
cuak..huhuhu..


okey nie view paling cantik kat sini..
tapi sayang muka saya tak nampak kat sini..huhuhu..
n nonoi,ayu n aza x der mase nie..






okey ni semua team yang memeriahkan perkelahan kita pada hari ni..
saya seronok bersama awk semua..
nanti kita g jalan2 lagi ye...

n the last picture..
1.

2.

3.


mestilah saya punye gambar.
baring kat sini macam diurut badan kita..

okeylah..
tamat sudah cerita kita..
nanti sambung dengan cerita semasa dalam perjalanan ke sana..
lagi hebatttt.
nantiiiiiiiikan ye....

p/s: minggu depan start final exam..tapi..masih o9 je kejenye..
okey cik ferry sok kite kena start study ye...









20110502

good luck semua.....



I Wish 4 " U "
Great start 4 Monday
No Obstacles 4 Tuesday
No stress 4 Wednesday
No worry 4 Thursday 
Smile 4 Friday
Party 4 Saturday
& Great fun 4 Sunday
n good luck for final..



p/s:jadual exam final untuk sem nie..7 hrbln international marketing,11 hrbln retailing, 12 hrbln stid, 13 hrbln brand management, 16 hrbln mandarin 2 n the last paper 23 hrbln business law...you can do it beb...try your best...

20110429

comei tak..


nak tak kalo korang buang air kat tandas macam ni..
comel kan...

CONTEST RIBEN PUTIH : SI RABUN

tengah2 blogwalking..tetibe nampak contest ni..
terharu plak ada contest untuk orang rabun..
saja2 cuba-cuba nasiib la..hahaha..


hai cik riben putih..bdk sengal nie dah joint contest awk...
siapa nak join boleh klik disini

nama: cik sherry

jenis rabun: rabun jauh

power mata: 350 (kanan) n 352 (kiri)..tapi dah lamer x cek..x tau la naik ker dah trn...

punca rabun: nak kata kuat study tak jugak..kuat tido ada la..hahaha..ni adalah kesan dari suka tengok tv dalam gelap..nak bagi fell la kononnya..hahahaha...

tempoh mengalami rabun: 7 tahun

perasaan: mula2 fikir macam nerd jer..tapi lama2 dah jadi satu kewajipan..kalau x de macam x boleh hidup jer..tak nampak..

pengalaman manis menjadi si rabun : best time kalo x pakai spek..kita tak nampak orang..so..kita ingat orang pun tak nampak kita ...boleh buat apa yang kita suka..sedangkan orang lain terang2 nampak kita..

pengalaman pahit : spek kena pijak..jadi terbelah dua...haru biru jugak satu hari..hahahaha.


ok x spek mata saya......
hahahahaha....

p/s: orang pernah kata orang rabun kurang pendengaranya..yeke????????





20110424

.:wanita ibarat epal:.

298262585_c6b030011b
"Wanita itu ibarat sebiji buah epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. tetapi epal yg tiada celanya berada dipuncak, sukar untuk dipetik, sukar untuk digapai. kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah Yang Esa jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya”
 

teladan untuk kaum hawa:
jgn gadaikan maruah anda, wanita,
kerana ingin mencari si dia untuk menyayangimu.

20110423

demi mencari sesuap nasi...

tadi aku pergi alor star ngan noi, ummi, zura, ria n fatin..
pas2 dah cari2 orang untuk jawab questionare tak jumpa dah..
then kitorang decide nak pergi pacific..try cari orang kat sana plak..
kitorg pown g la cari teksi..
jumpa 1 teksi 2..
ada sorang pak cik yang bawak..
sian pak cik 2 ketar2 dia bawak teksi tu..
walaupun dia macam tu..tp stay lagi dia mencari rezeki..
memang sian la tegok dia..
dari situ ak sedar bahawa bukan senang nak cari duit nie..
walaupun pcik tu dah tua tapi masih berusaha lagi untuk cari sesuap nasi...
dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
tetibe saye rindu kat abah saye...
abah selalu kata kalau kite nak sesuatu tu kita mesti boleh dapat..
yg penting ilmu tu...
n abah juga selalu kata kalo orang lain boleh kita mesti boleh..
k la....
"SAYA RINDU FAMILY SAYA"



20110419

obes oh obes...

okey entry kali tentang obes..
selalunya kite slalu tengok orang yang terlebih berat badan...
tapi kali ni kita tengok haiwan2 yang obes..

comei2....



kucing ni dah terlebih makan whiskers...hahahaha


lembu ni terlebih makan nasi mentah..tu perut dia kembung..hahaha..


memang comel la hamster nie..rase nak picit2 jer..


tikus nie boleh lawan tom & jerry..


zirafah yang terlebih makan pucuk pokok..

p/s: bersiap2 nak pergi karnival kerjaya kat dewan mas..
jom pakat g ramai2...



untukmu adam dan hawa...


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.