20110502

good luck semua.....



I Wish 4 " U "
Great start 4 Monday
No Obstacles 4 Tuesday
No stress 4 Wednesday
No worry 4 Thursday 
Smile 4 Friday
Party 4 Saturday
& Great fun 4 Sunday
n good luck for final..



p/s:jadual exam final untuk sem nie..7 hrbln international marketing,11 hrbln retailing, 12 hrbln stid, 13 hrbln brand management, 16 hrbln mandarin 2 n the last paper 23 hrbln business law...you can do it beb...try your best...

20110429

comei tak..


nak tak kalo korang buang air kat tandas macam ni..
comel kan...

CONTEST RIBEN PUTIH : SI RABUN

tengah2 blogwalking..tetibe nampak contest ni..
terharu plak ada contest untuk orang rabun..
saja2 cuba-cuba nasiib la..hahaha..


hai cik riben putih..bdk sengal nie dah joint contest awk...
siapa nak join boleh klik disini

nama: cik sherry

jenis rabun: rabun jauh

power mata: 350 (kanan) n 352 (kiri)..tapi dah lamer x cek..x tau la naik ker dah trn...

punca rabun: nak kata kuat study tak jugak..kuat tido ada la..hahaha..ni adalah kesan dari suka tengok tv dalam gelap..nak bagi fell la kononnya..hahahaha...

tempoh mengalami rabun: 7 tahun

perasaan: mula2 fikir macam nerd jer..tapi lama2 dah jadi satu kewajipan..kalau x de macam x boleh hidup jer..tak nampak..

pengalaman manis menjadi si rabun : best time kalo x pakai spek..kita tak nampak orang..so..kita ingat orang pun tak nampak kita ...boleh buat apa yang kita suka..sedangkan orang lain terang2 nampak kita..

pengalaman pahit : spek kena pijak..jadi terbelah dua...haru biru jugak satu hari..hahahaha.


ok x spek mata saya......
hahahahaha....

p/s: orang pernah kata orang rabun kurang pendengaranya..yeke????????





20110424

.:wanita ibarat epal:.

298262585_c6b030011b
"Wanita itu ibarat sebiji buah epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. tetapi epal yg tiada celanya berada dipuncak, sukar untuk dipetik, sukar untuk digapai. kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah Yang Esa jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya”
 

teladan untuk kaum hawa:
jgn gadaikan maruah anda, wanita,
kerana ingin mencari si dia untuk menyayangimu.

20110423

demi mencari sesuap nasi...

tadi aku pergi alor star ngan noi, ummi, zura, ria n fatin..
pas2 dah cari2 orang untuk jawab questionare tak jumpa dah..
then kitorang decide nak pergi pacific..try cari orang kat sana plak..
kitorg pown g la cari teksi..
jumpa 1 teksi 2..
ada sorang pak cik yang bawak..
sian pak cik 2 ketar2 dia bawak teksi tu..
walaupun dia macam tu..tp stay lagi dia mencari rezeki..
memang sian la tegok dia..
dari situ ak sedar bahawa bukan senang nak cari duit nie..
walaupun pcik tu dah tua tapi masih berusaha lagi untuk cari sesuap nasi...
dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
tetibe saye rindu kat abah saye...
abah selalu kata kalau kite nak sesuatu tu kita mesti boleh dapat..
yg penting ilmu tu...
n abah juga selalu kata kalo orang lain boleh kita mesti boleh..
k la....
"SAYA RINDU FAMILY SAYA"



20110419

obes oh obes...

okey entry kali tentang obes..
selalunya kite slalu tengok orang yang terlebih berat badan...
tapi kali ni kita tengok haiwan2 yang obes..

comei2....



kucing ni dah terlebih makan whiskers...hahahaha


lembu ni terlebih makan nasi mentah..tu perut dia kembung..hahaha..


memang comel la hamster nie..rase nak picit2 jer..


tikus nie boleh lawan tom & jerry..


zirafah yang terlebih makan pucuk pokok..

p/s: bersiap2 nak pergi karnival kerjaya kat dewan mas..
jom pakat g ramai2...



untukmu adam dan hawa...


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.